SRI AMAN: Enam buah rumah di Kampung Tengah di sini, musnah dalam kebakaran tengah malam tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12:14 tengah malam. Beliau berkata, anggota dan jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sri Aman telah dikejarkan ke lokasi kejadian. “Setiba di lokasi kejadian anggota mendapati empat buah rumah terbakar sepenuhnya, manakala dua lagi…