Enam beranak menyusul selepas anak kembar bongsu

Tuah Haydar ‘menyusul’ 5 bulan selepas kematian kembarnya

ANGGOTA penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan mayat enam mangsa lemas dari dalam kereta yang dinaiki mereka yang tenggelam di dalam Sungai Korok di Jitra, Kedah, semalam.-UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Anak bongsu kepada pasangan suami isteri yang ditemukan lemas di Sungai Korok, di sini baru sahaja kehilangan kembarnya akibat masalah kesihatan pada Februari lalu.

Pemergian Jebat Haydar itu disusuli kematian pasangan kembarnya, Tuah Haydar yang berusia enam bulan bersama ibu bapa serta dua kakak dan seorang abangnya akibat kejadian itu.

Nur Shafika Izani Ishak, adik kepada Allahyarham Mohamad Azim Izat, 32, berkata, mereka mengebumikan enam beranak itu berdekatan pusara Jebat Haydar di Jerlun.

“Pada Februari lalu, abang dan kakak ipar kehilangan anak bongsu mereka yang juga kembar kepada Tuah Haydar. Hari ini bukan sahaja Tuah Haydar tapi ibu bapa dan tiga adik beradiknya turut meninggal dunia,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Nur Shafika Izani, dia yang bekerja di Pulau Pinang terus bergegas pulang ke Jerlun selepas dimaklumkan tentang kehilangan abangnya sekeluarga.

Jelasnya, kejadian berlaku tidak jauh dari rumah ibu mentua abangnya di Jerlun dengan perjalanan hanya mengambil masa kira-kira empat minit sahaja.

“Abang dan keluarga tidak sempat sampai apabila kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai yang dalam ini. Mereka dalam perjalanan pulang ke Jerlun selepas bermalam di rumah kakak di Taman Sri Aman, Jitra,” katanya.

Muhammad Aiman Aizat, 21, adik kepada Nurul Hidayah Khadijah berkata, dia masih terkejut berita itu.

“Mereka hilang sekelip mata, saya sedih kerana kakak sulung saya ini sangat mengambil berat tentang adik-adik,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN