Elak hantaran disalah tafsir, Aslam sering nasihatkan Umisya, Marissa - Utusan Malaysia

Elak hantaran disalah tafsir, Aslam sering nasihatkan Umisya, Marissa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Tanggapan netizen kita tidak boleh halang. Jika boleh, elak daripada salah tafsir orang luar.”

Demikian respons pempengaruh, Ahmad Aslam mengenai perkongsian isteri mudanya, Marissa Dania di media sosial yang dikatakan mampu mencetuskan salah faham.

Menurut Aslam, dia tidak mempunyai hak untuk menghalang orang ramai daripada terus membuat spekulasi berkaitan hubungan rumah tangganya bersama kedua-dua isteri tercinta termasuk Umisya Mazlan.

“Segalanya bergantung pada diri sendiri. Seperti perkongsian dibuat Marissa yang menggunakan latar lagu. Ada pihak salah anggap. Lagu pun ada banyak (jenis), lirik juga macam-macam. Ada yang maksudnya kita sendiri susah faham.

“Mungkin seseorang guna lagu itu kerana suka, bukan mahu menyampaikan sesuatu mesej tersembunyi. Semua ini sangat subjektif,” katanya ketika ditemui pada majlis Wawa Global Kosmetik New Chapter, pada Ahad.

Dalam masa sama, Aslam mengakui dirinya sering menasihatkan kedua-dua suri hatinya agar berhati-hati dalam membuat sebarang perkongsian demi mengelakkan hantaran mereka disalah tafsir.

Pun begitu, Aslam juga yakin Umisya dan Marissa semakin bijak dalam membuat sebarang perkongsian di media sosial.

“Saya selalu menasihati dan memberi teguran terutama apabila mereka memuat naik hantaran yang menjadi buah mulut orang walaupun hakikatnya kandungan tersebut bukan bermaksud apa-apa.

“Cuma tidaklah saya tapiskan apa yang boleh dan tidak. Saya hanya serahkan kepada mereka untuk menilai dan membuat keputusan sendiri. Itu lebih baik,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aslam dan Umisya kini dipilih sebagai wajah kempen krim pelindung matahari keluaran Wawa Cosmetics.

Terdahulu, perkongsian Marissa yang menggunakan lagu penyanyi Indonesia, Shabrina Leanor, Pendampingmu mencetuskan spekulasi ramai selepas didakwa dirinya sedang memberi gambaran mengenai situasi hidup berkongsi kasih sejak dua tahun lalu.

Untuk info, Aslam berkahwin dengan Marissa di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Umisya serta mentuanya, Abby Abadi dan Norman Hakim sekali gus mencetuskan kontroversi hangat dalam industri seni.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN