KUALA LUMPUR: Jumlah ekspatriat aktif yang bekerja secara sah di Malaysia mencecah seramai 138,000 orang. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, angka itu mencerminkan perkembangan ekonomi positif serta peningkatan permintaan terhadap tenaga kerja asing berkemahiran tinggi di negara ini. Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tahun lalu, selain menjadi petunjuk kepada pertumbuhan peluang perniagaan dan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia. Katanya, proses pemohonan pas ekspatriat kini boleh…










