Duit Ruhainies memang banyak, tidak perlu ‘sugar daddy’ bela dia - Risteena - Utusan Malaysia

Duit Ruhainies memang banyak, tidak perlu ‘sugar daddy’ bela dia – Risteena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nur Risteena Munim lantang mempertahankan adiknya, Ruhainies yang didakwa ‘dibela’ lelaki kaya atau ‘sugar daddy’.

Menurut Risteena, pada awalnya dia enggan mengambil pusing tentang dakwaan tersebut namun, dia nekad untuk membantu dan membersihkan nama baik adiknya dengan bantuan khidmat guaman.

“Pada awalnya saya memang tak mahu campur kes ini. Tapi saya dapat tawaran untuk cari orang itu. Tak lama lagi boleh berjumpa dengan dia dah.

“Saya hanya bantu apa yang boleh saja. Saya sebenarnya teringin nak jumpa dia tapi terpulanglah kalau Ruhainies pilih dia (si pelaku) untuk berjumpa.

“Kadang teringin nak jumpa orang macam ini untuk sembang saja macam mana dia ada masa untuk meninggalkan komen sebegitu,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

Dalam masa sama, pelakon drama Playboy Itu Suami Aku itu juga bertegas dirinya enggan memberi muka dan mahu bertemu dengan individu yang lantang melemparkan fitnah ke atas adiknya.

Simpati dengan nasib yang menimpa adiknya itu, Risteena turut menyifatkan setiap kemewahan yang dimiliki Ruhainies merupakan hasil titik peluhnya sendiri.

“Kami yang berkeluarga ini tahu dia kerja keras macam mana. Duit dia memang banyak. Tak perlu sugar daddy bela dia.

“Sebelum ini rasanya kita memang dah tak layan. Cuma kali ini kita buat sekali, percayalah nanti tiada lagi komen yang bukan-bukan. Kalau kita biarkan, kita akan terus dibuli,” ujarnya.

Risteena bagaimanapun berpendapat perkara ini tidak seharusnya dipandang ringan dan perlu diambil tindakan demi menghentikan fitnah yang menimpa adiknya semakin berleluasa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN