GUA MUSANG: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki warganegara Pakistan selepas dipercayai menjual rokok seludup di sebuah premis di jalan Sekolah dekat Felda Chiku 3 di sini semalam. Serbuan menerusi Op Taring Alpha kira-kira pukul 4.15 petang itu turut membawa kepada rampasan 4,000 batang rokok kretek dengan anggaran nilai RM7,920. Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, rokok tersebut ditemui hasil pemeriksaan…