Dua pelajar UPSI terlibat kemalangan jadi anak angkat Kerajaan Terengganu

Dua pelajar UPSI terlibat kemalangan jadi anak angkat Kerajaan Terengganu

KEGAGALAN mematuhi had laju menyebabkan bas hilang kawalan hingga tergelincir dan terbalik ke kiri jalan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri menjadikan dua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Adham Tuan Adnan dan Nur Ain Najwa Mohd Ilias, yang cedera dalam tragedi kemalangan bas pelajar di Gerik, Perak, awal Jun lalu,  sebagai anak angkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Maliaman Kassim berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan bersama beberapa pihak kerajaan negeri dan agensi kebajikan.

Katanya,  kedua-dua pelajar tersebut  akan menerima bantuan kewangan RM500 sebulan setiap seorang bermula bulan ini sehingga menamatkan pengajian mereka di UPSI.

“Mereka dipilih atas faktor tertentu termasuk taraf keluarga. Semua sedia maklum ibu bapa Muhammad Adham adalah orang kurang upaya (OKU) penglihatan  dan fizikal. Nur  Ain Najwa anak pula anak yatim, lahir dalam keluarga susah dan sedang melalui proses pemulihan yang mencabar.

“Kerajaan negeri menerusi portfolio kebajikan sedaya upaya membantu kedua-dua pelajar ini. Kita akan bersama mereka hingga mereka berjaya menamatkan pengajian,” katanya selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke -15 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Maliaman berkata, keadaan keluarga Muhamamd Adham dan Nur Ain Najwa  tular dalam media sosial sebelum ini bukan sahaja kerana kecederaan yang dialaminya tetapi termasuk keadaan  keluarga mereka yang serba kekurangan.

Kecederaan dialami Nur Ain Najwa akibat kemalangan termasuk patah bahu kiri dan kecederaan pergelangan tangan manakala Muhammad Adham yang mengalami kecederaan serius itu telah menjalani pembedahan dan memerlukan rawatan susulan berpanjangan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN