DBKL tidak pilih kasih roboh gerai

DBKL tidak pilih kasih roboh gerai

GOBIND Singh (lima dari kiri) bersama Datuk Seri Maimunah (tujuh dari kanan) ketika bergambar selepas mengadakan lawatan kerja rasmi di Pusat Arahan dan Kawalan Kuala Lumpur (KLCCC) di sini hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd. Sharif menafikan dakwaan kononnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersifat pilih kasih dalam isu membabitkan perobohan sembilan gerai penjaja di Desa Pandan baru-baru ini.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira aspek teknikal dan keperluan hasil kajian impak trafik di kawasan berkenaan malah cadangan pembinaan sudah bermula sejak 2017 susulan aduan penduduk mengenai kesesakan dan keadaan jalan yang sempit.

“Daripada itu juga kita telah buat libat urus bersama penduduk, kami juga ambil maklum ada bantahan. Selepas itu kita telah pun buat beberapa pindaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat lawatan di Pusat Arahan dan Kawalan Kuala Lumpur DBKLdi sini semalam.

Majlis lawatan itu turut dihadiri oleh, Menteri Digital, Gobind Singh Deo; Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Mohamad Hamim; Ketua Pegawai Eksekutif Digital Nasional Bhd (DNB), Datuk Azman Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Anuar Fariz Fadzil.

Selain itu, Maimunah berkata, pihaknya telah turun padang untuk meneliti sendiri keadaan di lokasi selain berbincang dengan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan pihak berkaitan.

Menurutnya, satu perbincangan antara beliau dan Johari bersama peniaga terlibat akan diadakan hari ini.

Sebelum ini, Johari mempersoal keputusan DBKL mahu merobohkan sembilan tapak perniagaan di Desa Pandan, di sini.

Katanya, keputusan itu dibuat tanpa melalui sesi libat urus bersama beliau dan kumpulan peniaga yang bakal terjejas akibat kerja perobohan terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN