BENTONG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang mematahkan cubaan menyeludup masuk barangan skrap elektronik (e-waste) dan logam dari luar negara bernilai RM4.4 juta menerusi dua serbuan di Pelabuhan Utara, Klang, Selangor, baru-baru ini. Pengarahnya, Mohd. Asri Seman berkata, rampasan itu melibatkan tujuh kontena dengan jumlah berat keseluruhan mencecah 152,486 kilogram, hasil kerjasama strategik pasukan penguatkuasa JKDM Bentong bersama pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor. Beliau berkata, siasatan awal mendapati, barangan tersebut diimport dari Amerika Selatan dan Jepun, dipercayai untuk diproses semula secara haram di negara ini. “Apa yang membimbangkan, kedua-dua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya