PETALING JAYA: Cadangan mewujudkan sistem pusat sehenti untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menyelaras semua saluran penawaran pendidikan, perlu dikaji secara menyeluruh dan tidak perlu dilaksana tergesa-gesa kerana kaedah sedia ada masih berfungsi dengan baik. Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, sistem sedia ada memberi peluang kepada pelajar membuat pelbagai permohonan dan menilai laluan terbaik berdasarkan minat, keupayaan serta keperluan masa depan mereka. “Sebahagian pelajar…










