JERLUN: Tradisi memasak bubur asyura yang sinonim dengan kedatangan bulan Muharam tampil dengan kelainan di Kampung Lubuk Ayer, Ayer Hitam apabila sajian warisan itu diolah menggunakan lima jenis durian gred A. Isi durian premium seperti Musang King, IOI, Udang Merah, Duri Hitam dan Telor Boya dimasukkan ke dalam dua kawah bubur asyura yang dimasak secara bergotong-royong sejak pukul 9 pagi. Menurut Ketua Cabang PKR Jerlun, Mohamad Rudzi Samsudin, inisiatif berkenaan…