Bomba bantu tanggalkan cincin sangkut pada alat sulit - Utusan Malaysia

Bomba bantu tanggalkan cincin sangkut pada alat sulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan berani seorang lelaki ‘menyarungkan’ cincin pada alat sulitnya membawa padah apabila aksesori tersebut tidak dapat ditanggalkan sehingga terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Pegawai Bomba Kanan II Ghaffar Surol berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu dari sebuah hospital pada pukul 7.01 malam tadi.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi bomba mendapati cincin tersebut tersekat pada kemaluan lelaki berusia 29 tahun.

“Pihak kami terpaksa menggunakan peralatan khas bagi memotong cincin yang tersangkut.

“Operasi mengeluarkan cincin tersebut selesai pada pukul 7.52 petang. Pihak kami terpaksa berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Ghaffar memberitahu, seramai lima anggota dan seorang pegawai telah terlibat dalam operasi tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN