Bina segera MRSM Ulul-Albab di Kelantan

Bina segera MRSM Ulul-Albab di Kelantan

ASYRAF Wajdi Dusuki (kiri) menyaksikan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dusuki Ahmad (dua dari kanan) yang juga bapanya menerima Anugerah Tokoh Melayu UMNO dari Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tumpat, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Majlis Amanah Rakyat (Mara) mahu memastikan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul- Albab pertama di Kelantan di Tanah Merah, dekat sini menjadi kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peruntukan pembinaan MRSM itu sudah ada dan perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Mara akan datang.

“Mesyuarat itu bagi membolehkan kita menulis semula surat kepada Kementerian Ekonomi untuk melaksanakan kembali MRSM Ulul-Albab itu.

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sudah memberi arahan dan persetujuan dan saya akan berusaha menyegerakan proses tatakelola pembinaan MRSM Ulul-Albab di Tanah Merah,” katanya  selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tumpat yang disempurnakan oleh Ahmad Zahid selaku  Presiden UMNO di MRSM Tumpat, di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, cadangan itu juga bagi merealisasikan hasrat UMNO Tanah Merah dan seluruh perwakilan UMNO Kelantan untuk melihat pembinaan MRSM  Ulul-Albab berkenaan direalisasikan dalam masa terdekat.

Menurutnya, semua 57 MRSM ketika ini sedang melaksanakan program Ulul-Albab iaitu mini Ulul-Albab atau Tahmidi yang memerlukan pelajar-pelajar sekurang-kurangnya menghafaz lima juzuk al-Quran atau surah-surah terpilih termasuk Juz ‘Amma.

“Di samping itu, lapan MRSM yang melaksanakan program penuh Ulul- Albab. Justeru, MRSM yang bakal dibina di Tanah Merah nanti akan menjadi maktab kesembilan melaksanakan program Ulul-Albab secara menyeluruh,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN