TUMPAT: Majlis Amanah Rakyat (Mara) mahu memastikan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul- Albab pertama di Kelantan di Tanah Merah, dekat sini menjadi kenyataan. Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peruntukan pembinaan MRSM itu sudah ada dan perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Mara akan datang. “Mesyuarat itu bagi membolehkan kita menulis semula surat kepada Kementerian Ekonomi untuk melaksanakan kembali MRSM Ulul-Albab itu. “Timbalan Perdana Menteri, Datuk…










