PETALING JAYA: Rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 lebih rendah iaitu RM1.99 seliter.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu dalam sidang media sebentar tadi.
Selain itu, Anwar juga mengumumkan bahawa setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima 100 ringgit secara one-off melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025.
Berikut antara perincian Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia.
- Kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan tersebut supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama. Susulan itu, Kerajaan akan menanggung kos lebih RM500 juta.
- Jualan Rahmah MADANI 2025 telah disediakan RM300 juta. Bagi memperbanyak capaian program, peruntukan tahun ini ditingkatkan sekali ganda lagi menjadi RM600 juta.
- Pada 15 September 2025, Isnin diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.
Berita menyusul kemudian