Beliau adalah bapa Nabila Huda - Shila Amzah - Utusan Malaysia

Beliau adalah bapa Nabila Huda – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Yang pasti bukan Ella atau Datuk Awie.”

Demikian respons penyanyi Shila Amzah apabila diminta mengesahkan identiti individu yang menyerangnya ketika sesi raptai sebuah konsert baru-baru ini.

Kata Shila, polis sedang menjalankan siasatan dan penyanyi berkenaan sudah dipanggil untuk memberi keterangan.

“Saya sahkan beliau adalah bapa Nabila Huda. Kepada yang mengaitkan Awie dengan isu ini, tolong hentikan.

“Laporan polis pun sudah dibuat dan keterangan individu berkaitan sudah diambil. Jadi saya serahkan kepada polis untuk jalankan siasatan,” katanya.

Shila ditemui selepas konsert minggu ke-4 program Raise The Star Malaysia, semalam.

Penyanyi lagu Patah Seribu itu baru-baru ini mendedahkan menerima serangan secara verbal oleh seorang penyanyi bertaraf legenda ketika sesi raptai Konsert Ulang Tahun ke-20 MR. D.I.Y minggu lepas.

Polis, yang mengesahkan telah menerima laporan mengenai kes itu mendedahkan campur tangan masalah keluarga menjadi punca kepada serangan tersebut.

Dalam pada itu pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Amzah memaklumkan laporan polis dibuat untuk mendapatkan perlindungan susulan ancaman diterimanya dari penyanyi legenda itu.

“Laporan polis yang dibuat bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Yang salah tetap salah.

“Tapi demi keselamatan diri dan kesihatan mental saya, laporan itu perlu dibuat. Macam mana saya mahu bekerja kalau mendapat ancaman sebegini?

“Apa pun kes ini masih dalam siasatan polis, saya menghormati keputusan pihak berkuasa dalam mengendalikan perkara ini. Kalau boleh saya tak mahu ganggu proses tersebut,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN