Bayi 15 bulan maut dipercayai didera ibu dan kekasih

Bayi 15 bulan maut dipercayai didera ibu dan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan maut dipercayai didera oleh ibu kandung dan teman lelakinya di sebuah premis kedai di Bandar Satelit, Pulau Sebang di sini, malam tadi.

Mangsa mengalami kecederaan serius termasuk pada bahagian dubur, selain kesan lebam di perut dan belakang badan dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tampin, Negeri Sembilan.

Menurut sumber, kejadian terbongkar selepas ibu kandungnya membawa mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri ke hospital pada pukul 11 malam.

“Doktor yang menjalankan pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan mencurigakan dan bayi itu disahkan meninggal dunia kira-kira 30 minit kemudian sebelum laporan polis dibuat,” katanya.

Difahamkan, wanita berusia 24 tahun itu membawa mangsa dari Kampung Anak Air Durian Daun, Tampin ke tempat kerja teman lelakinya di Bandar Satelit pada pukul 6.30 petang.

“Wanita itu dikatakan keluar sebentar untuk membungkus makanan dan meninggalkan anaknya bersama lelaki berusia 20 tahun itu.

“Apabila pulang, dia diberitahu mangsa sedang tidur. Namun ketika cuba mengejutkan anaknya pada pukul 10.30 malam, bayi itu tidak sedarkan diri,” katanya.

Polis menahan kedua-dua suspek malam tadi dan akan direman hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN