PETALING JAYA: Kerajaan telah meluluskan pelaksanaan Bayaran Insentif Pakar Pra-Warta (BIPPW) kepada pegawai perubatan yang sedang menjalani tempoh pengalaman kerja diselia atau Supervised Work Experience (SWE) selepas tamat latihan kepakaran. Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan, SWE merupakan fasa percubaan wajib yang perlu dilalui semua pegawai perubatan selepas menamatkan latihan kepakaran. Katanya, mereka akan diselia oleh pakar perubatan lebih kanan bagi memastikan tahap kompetensi yang diperlukan sebelum berkhidmat sebagai pakar sepenuhnya. Jelasnya lagi, bayaran insentif BIPPW ini akan mula diberikan sebaik sahaja pegawai memulakan tempoh SWE selaras dengan Akta Perubatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya