Bapa maut, anak parah motosikal dirempuh Perodua Myvi - Utusan Malaysia

Bapa maut, anak parah motosikal dirempuh Perodua Myvi

Keadaan motosikal Mohd Zulshahriel yang terlibat kemalangan di Kampung Gong Medang, Besut malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang lelaki maut manakala anaknya cedera parah selepas motosikal jenias Honda EX5 ditunggang mereka dirempuh sebuah Perodua Myvi di Jalan Gong Medang, di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md. Sani Md Saleh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Mohd. Zulshahriel Mohd Zalfari, 41, maut di lokasi  manakala anaknya berusia setahun dibawa ke Hospital Besut untuk dirawat.

” Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa datang dari arah lorong Atas Gong keluar simpang membelok ke kanan jalan. Sebuah Perodua Myvi dari arah jalan utama dari Jalan Tembila menuju ke Jalan Kampung Raja tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang motosikal tersebut,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN