Bapa Akmal Saleh meninggal dunia

Bapa Akmal Saleh meninggal dunia

ALLAHYARHAM Saleh Lempah, 66, yang juga dikenali sebagai Cikgu Saleh menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.10 pagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bapa kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh meninggal dunia di kediamannya di sini, pagi tadi akibat sakit tua.

Allahyarham Saleh Lempah, 66, yang juga dikenali sebagai Cikgu Saleh menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.10 pagi.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Dr. Muhamad Akmal menerusi hantaran di Facebook beliau, sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kesayangan kami, Cikgu Saleh bin Lempah telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Mohon doakan agar ayahanda kami diampunkan dosanya dan ditempatkan dalam kalangan kekasih Allah,” katanya.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Rahim, Merlimau selepas solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan balu, Rosnah Hashim serta lima orang anak.

Sejak akhir bulan lalu, Dr. Muhamad Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka sering berkongsi perkembangan mengenai tahap kesihatan bapanya yang semakin merosot dan memohon orang ramai mendoakan kesembuhan.

Allahyarham sebelum ini berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Rahman Ya’kub (SDARY), Merlimau dan SMK Seri Mahkota, Umbai sebelum menghidap penyakit lumpuh sejak beberapa tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN