Banyak membantu usaha amal saya dan suami - Siti Nurhaliza rai hari lahir CEO Yayasan Prihatin - Utusan Malaysia

Banyak membantu usaha amal saya dan suami – Siti Nurhaliza rai hari lahir CEO Yayasan Prihatin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat walafiat dan dapat melakukan lebih banyak kerja kebajikan.”

Demikian ucapan biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin buat sahabat beliau, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional, Datuk Aizuddin Mohd Ghazali yang menyambut ulang tahun kelahiran baru-baru ini.

Siti memaklumkan individu berkenaan merupakan insan yang banyak membantu usaha kebajikan beliau bersama suami, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa menerusi Yayasan Nurjiwa.

“Yang menyambut hari jadi adalah Datuk Aizuddin dari Yayasan Prihatin yang membawa 28 orang bersama beliau malam ini.

“Beliau adalah insan yang banyak melakukan kerja amal dan membantu usaha amal saya dan suami menerusi Yayasan Nurjiwa,” katanya.

Siti berkata demikian menerusi ucapannya sempena konsert The Next Wave yang berlangsung semalam di Singapura.

Konsert tersebut turut diserikan dengan kemunculan istimewa penyanyi popular tanah air, Hael Husaini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN