PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kompleks Seri Perdana, di sini sebentar tadi bagi menghadiri perjumpaan dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH). Kenderaan yang membawa Pengerusi PH itu tiba tepat pukul 4.30 petang dengan diiringi kenderaan pengiring polis. Media sebelum ini melaporkan, Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen PH dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa yang berlegar ketika ini. Terdahulu, beberapa kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah dipercayai milik menteri dan ahli parlimen daripada (PH) dilihat mulai memasuki pekarangan kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, sebentar tadi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya