PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang anggotanya yang terbabit dalam satu kemalangan tular membabitkan sebuah motosikal ditunggang orang awam sudah direhatkan daripada bertugas. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, satu kertas siasatan sudah dibuka berhubung insiden itu. “Kemalangan berlaku semalam di Lebuhraya Subang-Kelana Link membabitkan dua buah motosikal dan kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan…