Ammar Ahyan, Cik B hanya kawan, sudah kenal sejak umur 10 tahun - Utusan Malaysia

Ammar Ahyan, Cik B hanya kawan, sudah kenal sejak umur 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan hubungan akrab anaknya, Ammar Ahyan dan Cik B hanyalah sekadar teman biasa memandangkan masing-masing sudah saling mengenali sejak berusia 10 tahun.

Jelas Aliff, sudah menjadi perkara biasa untuk Cik B menjemput Ammar makan di rumah keluarganya namun usahawan itu tetap menasihati Ammar agar sentiasa menjaga batas pergaulan.

“Kebetulan anak saya dan Cik B ada majlis di Pulau Pinang. Jadi, dia ajak Ammar singgah makan di rumahnya. Saya benarkan cuma saya pesan pada Ammar, makan boleh tapi jangan menginap di sana sebab tak manis. Bukan muhrim.

“Sebab itu ada video saya potong rambut Ammar, sebab mahu bagi nampak kemas semasa jumpa Cik B. Mana tahu mereka nak buat sebarang kandungan media sosial.

“Tapi itulah, ada orang tuduh saya buat itu kerana gimik siap suruh Ammar kenyit mata dua kali, tak faham,” katanya ketika ditemui  Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Tambah penyanyi Abang Nak Tegur itu lagi,

dia juga mengetahui ada usaha daripada kalangan warga maya yang mahu memadankan anaknya dengan Cik B. Bagi Aliff, setakat ini mereka hanya berkawan sahaja.

“Mereka memang rapat tapi saya tak adalah sampai kenenkan, itu hanya sekadar gurauan warganet sahaja. Tapi memang Cik B selalu datang rumah saya sejak umur mereka 10 tahun.

“Dulu mereka masih budak, sekarang sudah dewasa. Saya tidak memberi sebarang halangan untuk mereka berdua cuma saya nasihatkan anak agar sentiasa menjaga batas. Setakat ini mereka kawan sahaja,”

katanya.

Bagaimanapun, jelas Aliff, dia sangat berjaga-jaga dengan siapa anaknya patut berkawan. Aliff percaya, anak kepada Datuk Seri Vida itu memiliki hati yang baik dan merendah diri.

“Memang kita nampak Cik B macam lelaki, tapi dia seorang yang baik dan matang. Saya dulu tak berapa berkenan gaya hiphopnya, tapi bila jumpa berdepan dia rupanya sangat femenin, cakap

pun lembut dan tak riak.

“Jadi saya gembira jika anak saya mahu berkawan dengannya. Sebab itu orang kata jangan mudah menghakimi

dengan melihat luaran.

“Bab dengan siapa anak berkawan memang saya jaga, saya tidak mahu anak saya berkawan dengan orang tidak elok. Tapi Cik B okay,” katanya.

Terdahulu, Ammar Ahyan dan Cik B mencuri tumpuan apabila Ammar memuat naik video makan malam di rumah Cik B di Meru, Ipoh.

Dalam video tersebut Ammar memperkenalkan Cik B sebagai ‘kawan saya’ namun tetap menjadi bahan usikan warga maya yang ingi mereka lebih daripada sekadar teman biasa.

Cik B juga dilihat memberikan hadiah ulang tahun kelahiran buat Ammar iaitu anak patung zirafah, snek dan minyak wangi berjenama mewah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN