Allianz Malaysia, MIROS dan syarikat p-hailing bekerjasama melindungi penunggang motosikal

Allianz Malaysia, MIROS dan syarikat p-hailing bekerjasama melindungi penunggang motosikal

allianz
Rashid Shukor (Pengarah, Operasi dan Mobiliti Negara, Grab Malaysia); Jamil Manan Supri (Pengasas, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya); Sean Wang ( Ketua Pegawai Eksekutif, Allianz Malaysia Berhad); Abhishek Menon (Pengurus Hal Ehwal Awam, Lalamove Malaysia); Shubham Saran (Pengarah Operasi, foodpanda Malaysia) dan Ir. Ts. Azhar Hamzah (Pengarah Pusat Faktor Manusia dan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya (HUB), MIROS) melancarkan program latihan keselamatan Allianz Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) telah bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan platform p-hailing terkemuka foodpanda Malaysia, Lalamove Malaysia dan Grab Malaysia menekankan kepentingan keselamatan penunggang terutamanya dalam industri p-hailing yang berkembang pesat di negara ini.

Inisiatif ini menekankan tanggungjawab bersama dalam melindungi pihak berkaitan termasuk agensi Kerajaan, badan korporat, penunggang p-hailing dan Masyarakat umum untuk melindungi dan menyokong kesejahteraan pekerja.

Forum Media Allianz Malaysia 2025 yang diadakan di sini hari ini, pihak berkepentingan dalam industri berkumpul untuk membincangkan cabaran yang dihadapi oleh penunggang p-hailing dan meneroka strategi kolaboratif untuk ekosistem penghantaran yang lebih selamat.

Forum ini menekankan peranan penting penunggang p-hailing dan kepentingan strategi keselamatan menyeluruh untuk menyokong mereka Industri p-hailing, yang merangkumi penghantaran makanan dan bungkusan yang telah mencatatkan peningkatan sejak beberapa tahun yang lepas.

Ini didorong oleh permintaan yang tinggi untuk penghantaran yang mudah dan cekap yang telah menyoroti menyoroti keselamatan penunggang p-hailing, yang sering terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya.

Sebagai peneraju dalam perlindungan, Allianz Malaysia menyatakan komitmennya dalam menambah baik keselamatan penunggang melalui kerjasama strategik.

Forum Media Allianz Malaysia 2025 menampilkan perbincangan panel dengan wakil dari MIROS dan platform p- hailing terkemuka, termasuk Lalamove Malaysia, foodpanda Malaysia dan Grab Malaysia.

Para pakar industri ini bertukar pandangan berharga mengenai cabaran semasa yang dihadapi oleh sektor p-hailing dan membincangkan usaha bersama untuk memperbaiki keselamatan penunggang.

Penunggang p-hailing memainkan peranan penting dalam masyarakat, berfungsi sebagai tulang belakang sektor logistik yang berkembang di negara ini dalam perkembangan ekonomi..

Dari makanan dan barangan runcit kepada barangan penting, penunggang memastikan akses yang mudah kepada keperluan harian di samping membantu perniagaan kecil mengembangkan perniagaan mereka.

Kebanyakannya adalah penyara tunggal keluarga yang berdepan dengan risiko jalan raya untuk menyara keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN