Ajak Shiro hadiahkan restoran kedua buat Ebby Yus - Utusan Malaysia

Ajak Shiro hadiahkan restoran kedua buat Ebby Yus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro menghadiahkan salah sebuah cawangan restoran, Bumbu Babah miliknya kepada Ebby Yus.

Menurut Ajak, niat baiknya membantu rakan seperjuangannya itu agar mudah untuk pelawak yang berusia 60 tahun itu menguruskannya kerana beerhampiran dengan kediamannya.

“Hari ini saya nak buat kejutan untuk Ebby, kali kedua. Dia ini orangnya rajin selalu datang kedai dan bersembang dengan pelanggan.

“Saya rasa kasihan sebab dia selalu datang ke kedai, jadi saya nak buat supaya dia tak penat. Lepas ini dia boleh datang kedai, sebab kedai dekat dengan rumah dia,” katanya menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Menerusi hantaran tersebut, Ajak yang menziarahi Ebby di kediamannya turut menyerahkan kontrak cawangan restoran itu kepada aktor tersebut untuk ditandatangani.

“Alhamdulillah, saya dapat buka satu lagi cawangan. Sama juga, cawangan ini untuk abang.

“Terima kasih Abang Ebby, selalu jadi tulang belakang saya. Saya rasa semua ini asbab doa abang, terima kasih sebab selalu mendoakan.

“Harap abang gembira dan terus mendoakan kejayaan kita sama-sama,” jelasnya.

Terharu dengan bantuan dan keprihatinan yang tunjukkan Ajak, Ebby menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyampai radio tersebut.

Pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu kemudian mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Ajak di atas kebaikannya.

“Terima kasih banyak-banyak Ajak, aku tak tahu nak cakap macam mana.

“Aku doakan kau dan semua team dapat rezeki yang melimpah ruah kerana berkongsi rezeki.

Sebelum ini, Ajak menghadiahkan cawangan restorannya di Pasar Seni kepada Ebby untuk membantu kelangsungan hidup aktor itu yang sedang berdepan dengan masalah kesihatan.

Untuk info, Ebby mengalami masalah buah pinggang dan jantung serta telah menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) Oktober lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN