PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada susulan cuaca kering ketika ini yang berupaya meningkatkan risiko kebakaran dan jerebu. Seri Paduka bertitah, keadaan itu juga berisiko menjejaskan kesihatan penduduk, khususnya golongan kanak-kanak, warga emas dan mereka yang menghidap masalah pernafasan. “Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan diri serta memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari semasa ke semasa. “Ini kerana keadaan cuaca panas dan kering boleh menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat,” titah Seri Paduka. Sultan Ibrahim turut menitahkan pihak berkuasa untuk terus mempertingkatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya