KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa bekas Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil dalam satu temu bual, dua tahun lalu, tidak boleh dianggap menghina mahkamah. Perkara itu disahkan oleh peguam, Jamie Wong yang mewakili Isham atau nama penuhnya Hizatul Isham Abdul Jalil ketika dihubungi media hari ini. Peguam itu turut memaklumkan, pihaknya menerima sesalinan notis rayuan bertarikh 15 Julai lalu melalui…










