AFFIN rai ulang tahun ke-50 bersama Aston Martin ke Pulau Pangkor

AFFIN rai ulang tahun ke-50 bersama Aston Martin ke Pulau Pangkor

Majlis pelepasan konvoi "An Island Escape with Aston Martin" anjuran bersama AFFIN Group dan Aston Martin di Menara AFFIN @ TRX, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan ulang tahun ke-50, AFFIN Group (AFFIN), dengan kerjasama Aston Martin, melancarkan program konvoi `An Island Escape with Aston Martin’ ke Pulau Pangkor, Perak bermula hari ini sehingga 26 Julai.

Pengurus Besar Aston Martin Kuala Lumpur, Chris Chia berkata, program tersebut memberi peluang kepada pemilik kereta mewah berkenaan dan pelanggan terpilih merasai pengalaman tiga hari kehidupan gaya hidup mewah di pulau tersebut.

“Antara aktiviti yang bakal dilaksanakan adalah konvoi ke Resort Pangkor Laut, pelayaran matahari terbit serta makan malam eksklusif di tepi pantai,” katanya pada Majlis Pelancaran Program Pemilikan Eksklusif dan “An Island Escape with Aston Martin, Flag Off” di Menara AFFIN @ TRX, Kuala Lumpur, hari ini.

Lebih 20 peserta membabitkan tujuh kenderaan Aston Martin terlibat dalam konvoi berkenaan yang dilepaskan pada pukul 8:30 pagi ini oleh Presiden dan Ketua Pegawai AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah.

Tambah Chris, pihaknya berbesar hati bekerjasama dengan AFFIN dalam memperkenalkan program pemilikan eksklusif tersebut kerana peluang itu adalah satu platform yang berprestij buat mereka untuk merasai pengalaman sebenar Aston Martin.

Dalam pada itu, Wan Razly berkata, sempena sambutan tersebut, pelanggan AFFIN akan memperoleh manfaat yang menarik dengan pembelian model Aston Martin terpilih.

“Antara manfaatnya adalah mereka dapat tawaran harga pengenalan istimewa serta pilihan pembiayaan fleksibel sehingga sembilan tahun.

“Selain itu, tempoh dan margin yang bakal diperoleh adalah sehingga 90 peratus bagi model terbaharu Aston Martin DB12 Super Grand Tourer dan DBX707 iaitu salah satu SUV paling berkuasa di dunia,” katanya.

Tambahnya, perkongsian itu menjadikan perjalanan memiliki Aston Martin lebih mudah berbanding sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN