Ada sindiket guna tahi lembu sorok dadah-Polis Kelantan - Utusan Malaysia

Ada sindiket guna tahi lembu sorok dadah-Polis Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan mendedahkan ada sindiket pengedaran dadah di negeri ini menyorokkan bahan terlarang itu di dalam tahi lembu di kawasan kandang peliharaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan taktik tersebut dipercayai ditiru daripada rakan mereka dari negara jiran.

Menurutnya, hasil maklumat risikan mendapati taktik tersebut sudah dipraktikan sejak beberapa bulan lalu.

“Saya sudah memaklumkan perkara ini beberapa bulan lalu apabila mereka menggunakan binatang ternakan untuk aktiviti dadah termasuk lembu, kambing serta binatang ternakan lain.

“Justeru, kita akan menjalankan pemeriksaan terhadap kemasukan lembu sema ada secara seludup atau sah bagi mengekang kegiatan itu,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, sindiket pengedaran dadah di Kelantan dipercayai meniru taktik penyeludupan yang digunakan rangkaian mereka di negara jiran, khususnya dengan menyembunyikan dadah dalam najis haiwan.

Menurut sumber yang biasa dengan operasi di kawasan sempadan, penggunaan kandang ternakan dan sisa haiwan sebagai tempat menyembunyikan bahan terlarang telah lama menjadi kaedah biasa dalam kalangan pengedar dadah yang beroperasi di kawasan berhampiran sempadan, terutama di wilayah selatan Thailand.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN