Ada adegan rapat dengan Aiman Hakim Ridza, Whulandary mesej Zahirah sebagai tanda hormat - Utusan Malaysia

Ada adegan rapat dengan Aiman Hakim Ridza, Whulandary mesej Zahirah sebagai tanda hormat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebagai tanda hormat dan adab, pelakon Indonesia, Whulandary Herman, menghubungi Zahirah Macwilson sebelum memulakan penggambaran bersama suaminya, Aiman Hakim Ridza. 

Jelas Whuland, 38, perkara itu dilakukan memandangkan dia dan Zahirah sudah berkawan sekali gus mahu mengelakkan sebarang salah faham semasa penggambaran drama bersiri Bad Cop. 

“Apa yang paling sukar untuk lakonkan watak Ivy ialah ada beberapa babak yang sangat rapat dan buat saya berasa malu dan segan dengan Aiman.

“Sebab saya kenal isteri Aiman sebab itu saya minta izin dari Zahirah dengan menghantar mesej di Instagram untuk berlakon dengan suaminya bagi mewujudkan keselesaan,” katanya.

Aiman ditemui Utusan Malaysia ketika sesi lawatan media ke lokasi penggambaran drama berkenaan, baru-baru ini.

Tambah  pemenang Puteri Indonesia 2013 itu, karakter Ivy tidaklah membuatnya perlu melakukan sebarang adegan romantis keterlaluan dengan Aiman, cuma sudah menjadi kebiasaan untuknya meminta izin isteri kepada rakan pelakonnya. 

“Contohnya, mungkin ada babak yang memerlukan saya memegang tangan suaminya atau menatap penuh rasa cinta.

“Pada masa sama, kami dan anak-anak saling berkawan dan sesuatu yang aneh (janggal) kalau saya tidak maklumkan apa-apa padanya.

“Saya memang buat begitu sejak dulu. Ketika berlakon di Jakarta pun saya lakukan perkara sama,” katanya.

Bagaimanapun, Zahirah menyambut baik tindakan yang dilakukan Whulan sekali gus mengucapkan selamat maju jaya untuk panggambaran. 

Bila saya maklumkan pada Zahirah, dia memberi respons yang sangat baik dan minta saya lakukan apa yang sepatutnya serta berterima kasih kerana memberitahunya.

“Dia pun okey dan beritahu Aiman juga sudah maklumkan kepadanya,” jelasnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN