PETALING JAYA: Seramai 99 warga asing ditolak untuk memasuki ke negara ini selepas gagal melepasi saringan keselamatan dalam satu operasi khas dijalankan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam. Operasi intensif yang berlangsung dari pukul 9.30 pagi hingga 4.30 petang itu menyasarkan penerbangan berisiko tinggi, melibatkan pemeriksaan rapi terhadap lebih 400 individu. Menurut kenyataan AKPS, antara warga asing yang diarahkan pulang…










