90 individu beri keterangan program motivasi songsang

90 individu beri keterangan program motivasi songsang

David Balisong
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 90 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes melibatkan sebuah program motivasi rumah tangga yang didakwa songsang dan terpesong.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, individu yang dipanggil itu termasuk fasilitator, peserta dan kakitangan syarikat terlibat.

“Setakat ini, siasatan kes itu masih dijalankan secara menyeluruh. Ia termasuk dakwaan berlakunya beberapa ritual yang melanggar syarak,” katanya semalam..

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan permohonan lanjutan reman terhadap enam individu termasuk pengasas program itu ditolak mahkamah, Jumaat lalu.

Perkara itu disahkan Peguam Datuk M. Reza Hassan dengan Majistret Zur Azureen Zainalkefli tidak membenarkan permohonan reman kedua yang dibuat polis.

Majistret berpendapat tiada alasan untuk diberikan tambahan reman terhadap keenam-enam suspek itu.

Pengasas itu bersama suami dan anak perempuannya direman tiga hari bermula 16 Julai lalu bagi membantu siasatan berhubung penganjuran perogram itu.

Siasatan polis menumpukan tiga jenis kesalahan iaitu Seksyen 294 dan 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×