PETALING JAYA: Nasib 39 jemaah Malaysia yang terkandas di Jeddah, Arab Saudi kerana menjadi mangsa penipuan ejen umrah palsu akhirnya dibela apabila mereka dijadualkan pulang ke tanah air pada hari ini. Pengurus Cawangan Utara Hyad Travel Malaysia Sdn. Bhd. (Hyad Travel), Mohd. Firdaus Mat Akhir berkata, kumpulan jemaah yang terkandas sejak 25 Julai lalu dijadual tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Jeddah pada pukul 9 malam dengan…











