38 syarikat hulur bantuan basmi kemiskinan

38 syarikat hulur bantuan basmi kemiskinan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 38 syarikat korporat menunjukkan komitmen dalam membantu kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar di negara dengan sumbangan terkumpul melebihi RM120 juta menerusi inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia Madani (Sejahtera Madani).

Memuatkan artikel berkaitan…

Sumbangan tertinggi direkodkan daripada Weststar Group berjumlah RM15 juta, diikuti RM10 juta masing-masing oleh YTL Corporation, Berjaya Corporation, MMC Corporation, Genting, DRB-Hicom serta Tradewinds Group (M) atau Yayasan AlBukhary.

Syarikat lain yang turut menyumbang termasuk Sapura Secured Technologies dengan RM3 juta serta Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sebanyak RM2.61 juta. 

Lima syarikat lain iaitu Malaysia Resources Corporation (MRCB), Peninsular Medical, Yinson Holdings, WCT dan Westports Malaysia masing-masing menyumbang RM1 juta.

Sebanyak lima syarikat pula menyumbang RM500,000 iaitu Selia Selenggara Selatan, SD Guthrie, Cypark Resources, ITMAX System dan Nirvana Memorial Park, manakala Fortress Mining menyumbang RM300,000 dan Belati Wangsa (M) sebanyak RM250,000. 

Petrolife Aero, WZR Property serta AWC masing-masing menyumbang RM200,000, diikuti FGV Holding (RM150,000) dan empat lagi syarikat iaitu Darul Fikir, Farm Fresh, Pharmaniaga serta YHA Travel and Tours (M) masing-masing RM100,000.

Selain sumbangan tunai, beberapa syarikat tampil menawarkan program intervensi khusus, termasuk Telekom Malaysia (TM) yang menyalurkan Program Keusahawanan Digital bernilai RM10 juta, Grab Malaysia dengan Inisiatif Pemerkasaan Ekonomi bernilai RM5 juta serta Prudential BSN Takaful menerusi program Microtakaful Sumbangan Jariyah (MTJ) berjumlah RM3 juta. 

Petronas dan Khazanah Nasional turut dinamakan sebagai Rakan Strategik Sejahtera Madani walaupun nilai sumbangan masing-masing tidak dinyatakan.

Kesemua sumbangan terbabit akan dimanfaatkan menerusi pelaksanaan Tabung Sejahtera Madani yang diselia Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, bagi membantu isi rumah miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih.

Inisiatif Sejahtera Madani dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan memberi tumpuan kepada empat aspek utama iaitu peningkatan pendapatan, pendidikan, perumahan dan kebajikan, sebagai pendekatan bersepadu kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN