JOHOR BAHRU: Seramai 16 pelajar cedera apabila van sekolah yang dinaiki terbalik akibat terlanggar lubang lurang atau ‘manhole’ yang tidak bertutup di Jalan Abdul Samad, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, terdapat mangsa yang patah tangan dan jari serta kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, mangsa terdiri daripada 10 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd. Khaled…