1 Julai bukan hari hitam, langkah berani bina negara – Mahfuz

1 Julai bukan hari hitam, langkah berani bina negara – Mahfuz

MAHFUZ OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Dakwaan pembangkang bahawa 1 Julai me­rupakan ‘hari hitam’ negara susulan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ha­nya cubaan populis membakar sentimen rakyat tanpa fakta dan pertimbangan rasional.

Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar berkata, pelaksanaan SST yang dikemas kini merupakan langkah penting untuk memastikan hasil negara dikutip secara lebih telus dan adil untuk disa­lurkan semula kepada rakyat melalui pelbagai bentuk bantuan dan subsidi bersasar.

Katanya, tanpa kutipan ha­sil melalui sistem cukai yang baik, negara akan terus bergantung kepada hutang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adakah ini yang Pas hendak cadangkan, hutang demi hutang untuk tampung perbe­lanjaan negara? Kadar SST Malaysia lapan peratus masih antara terendah di rantau ini berbanding VAT Indonesia (11 peratus), VAT Filipina (12 peratus), VAT Vietnam, Kemboja, Laos (10 peratus) dan GST Singapura (9 peratus).

“Pas dan pembangkang se­kali lagi memperlihat kegagalan mereka memahami keperluan mentadbir sebuah negara yang kompleks. Mereka menentang tanpa cadangan yang membina.

“Ketika mereka mentadbir negeri, mereka juga mengutip hasil dan cukai. Tetapi apabila Kerajaan Pusat bertindak mem­perkukuh kewangan negara secara berhemah, mereka main sentimen untuk kelirukan rakyat,” katanya di sini semalam.

Mahfuz berkata, beliau percaya rakyat tidak terpengaruh dengan permainan persepsi yang dibina pembangkang se­baliknya perlu berani mela­ku­kan pembaharuan demi ke­lang­sungan ekonomi yang adil dan berdaya tahan.

“1 Julai bukan hari hitam. Ia adalah langkah berani membina negara. Fakta penting yang perlu difahami rakyat adalah SST tidak dikenakan kepada barangan keperluan harian se­perti beras, ayam, telur, sayur, ikan, ubat, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.

“SST menyasarkan perbe­lan­jaan mewah dan bukan ke­perluan asas. Maka yang ba­nyak terkesan adalah mereka yang berkemampuan tinggi, bukan rakyat kebanyakan,” katanya.

Tambah beliau, hasil SST dan penyasaran semula sub­sidi disalurkan terus kepada rakyat melalui pelbagai prog­ram seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN