Zaleha Hamid meninggal dunia, suami sempat ajar mengucap - Utusan Malaysia

Zaleha Hamid meninggal dunia, suami sempat ajar mengucap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dangdut popular 80-an, Zaleha Hamid disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu, pukul 8 malam pada Khamis.

Berita itu dimaklumkan suami, Ungku Sulaiman Ungku Aziz yang memaklumkan isterinya sudah seminggu mendapatkan rawatan di hospital.

“Sudah seminggu dia di hospital. Pagi tadi keadaannya elok, tetapi petang tadi dia mula sesak nafas.

“Sekitar waktu Isyak, dia menghembuskan nafas terakhir. Saya sempat ajar dia mengucap dan anak-anak semua berada di sini,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Difahamkan, jenazah masih dalam proses pengurusan di unik forensik sebelum dikebumikan.

Terdahulu, Zaleha pernah diserang angin ahmar menyebabkannya terlantar pada 2020.

Sepanjang hayatnya, Zaleha berjasa dalam pembangunan industri irama muzik dangdut di Malaysia khususnya ketika era 80-an.


Zaleha digelar Ratu Dangdut Malaysia dan Singapura meraih populariti dengan lagu hitsnya seperti Dangdut Reggae, Kerana Pengalaman, Nasib Janda, Jangan Segan Segan, Pria Idaman, Jangan Kau Tangiskan, dan Kekasih Di Tangan Orang. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN