PORT DICKSON: Seorang wanita maut dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel, di sini, petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan, Mohd. Kamal Mohd. Timar, berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian pada pukul 6.40 petang dan mendapati terdapat seorang wanita berada di bahagian bumbung tingkat satu.
“Mangsa berusia 26 tahun dipercayai terjatuh dari tingkat lapan terus ke balkoni di tingkat satu. Pasukan keluaran operas kemudiani melakukan kerja-kerja penyelamatan mangsa.
“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan. Kes tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya hari ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin mengesahkan kejadian dan memberitahu siasatan lanjut berhubung kes tersebut sedang dijalankan. – UTUSAN