vivo Malaysia mempersembahkan X200 FE, telefon skrin rata kecil pertama

vivo Malaysia mempersembahkan X200 FE, telefon skrin rata kecil pertama

Spesifikasi bertaraf mercu, kamera Super telefoto ZEISS, selesa digenggam sebelah tangan, dan empat pilihan warna menarik — semuanya dalam rangka kompak bersaiz 6.31 inci.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah peranti bertaraf mercu baharu bakal tiba di Malaysia. Perkenalkan vivo X200 FE — telefon skrin rata kecil pertama daripada vivo Malaysia, direka untuk memberikan kuasa bertaraf mercu dalam genggaman tangan, menggabungkan prestasi premium dengan reka bentuk mudah alih yang praktikal.

Dilengkapi dengan paparan rata bersaiz 6.31 inci, vivo X200 FE cukup kompak untuk muat dengan selesa dalam genggaman satu tangan anda, namun cukup hebat untuk mengendalikan apa jua urusan harian anda.

Sama ada anda sedang merakam gambar, melayari media sosial atau penstriman video, X200 FE memberikan kawalan yang lancar tanpa sebarang kompromi.

Fotografi kini lebih baik dengan kehadiran Kamera Super Telefoto ZEISS 50MP, yang memberikan kejelasan dan keupayaan zum luar biasa dalam setiap sesi penggambaran. Sama ada merakam detik bergerak atau potret dengan ketelitian, X200 FE mempunyai kuasa kamera hebat dalam rangka yang nipis dan elegan.

Gaya turut diberi perhatian dengan empat pilihan warna baharu yang menarik dan ekspresif pada vivo X200 FE, masing-masing menggambarkan personaliti dan mood tersendiri:

  • Pink Vibe – Berani, menyerlah dan penuh karakter — untuk ekspresi diri tanpa batasan.
  • Yellow Glow – Memancarkan kehangatan, kejelasan dan aura positif — warna yang menceriakan perspektif anda.
  • Blue Breeze – Tenang dan sejuk dengan sentuhan kontemporari, direka untuk menyegarkan dan menenangkan.
  • Black Luxe – Minimalis dan moden, tona warna yang menampilkan elegan yang tenang dan seimbang.

Bagi meraikan ketibaan vivo X200 FE, vivo Malaysia akan mengadakan Pratonton Eksklusif Pertama di lokasi terpilih seluruh negara, memberikan peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan peranti ini sebelum pelancaran rasmi:

Tarikh & Lokasi Acara (Semua acara bermula pada jam 3:00 petang):

21 Jun 2025 – Pusat Pengalaman dan Servis vivo, Mid Valley Southkey

27 Jun 2025 – Kedai Konsep vivo, Setia City Mall

29 Jun 2025 – Kedai Konsep vivo, Gurney Plaza

Para pengunjung akan menerima cenderamata eksklusif dan jamuan ringan. 10 pendaftar terawal di setiap acara juga akan menikmati pengalaman bengkel minyak wangi secara percuma bernilai RM150. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Tempat adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat, dia dapat.

Untuk maklumat terkini mengenai vivo X200 FE dan pelancarannya yang rasmi, layari laman web rasmi vivo Malaysia dan ikuti vivo Malaysia di Facebook dan Instagram.

Laman Web Rasmi: https://www.vivo.com/my

Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN