'Ustaz' ditahan lagi, kali ini terlibat pengubahan wang haram

‘Ustaz’ ditahan lagi, kali ini terlibat pengubahan wang haram

SPRM menahan reman seorang pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana terlibat dengan pengubahan wang haram di Mahkamah Majistret, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  bergelar ‘ustaz’ ditahan lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dengan pengubahan wang haram pula.

Kesalahan itu berkaitan menerima, memindah dan menggunakan hasil rasuah melalui akaun peribadi dan syarikat miliknya, saudara serta sekutunya.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan suspek direman selama empat hari sehingga 28 Jun ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret, Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan sekitar pukul 2.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2015 hingga 2025,” katanya hari ini.

Ustaz itu sebelum ini pernah ditahan reman bagi kes yang disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Ia berkaitan kes salah guna kuasa dengan penyelewengan dana milik NGO di tempat suspek bekerja,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN