KOTA KINABALU: UMNO menyerahkan kepercayaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah yang terlibat dalam kes suapan pelesenan mineral dalam negeri. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau percaya SPRM bukan hanya melakukan siasatan malah mempunyai bukti dan saksi yang berkredibiliti. “Kalau ada dua perkara itu, maka pertuduhan boleh dilakukan. Kami memberikan kepercayaan kepada mereka. “Dan kalau…










