Tunku Mahkota Ismail solat Aidiladha bersama 4,000 jemaah

Tunku Mahkota Ismail solat Aidiladha bersama 4,000 jemaah

TUNKU Mahkota Ismail berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 4,000 jemaah di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn, Johor Bahru hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn di sini bersama kira-kira 4,000 jemaah.

Hadir sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim serta suami Tunku Puteri Johor, Dennis Muhammad Abdullah.

Solat sunat Aidiladha tersebut diimamkan Imam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Imam Besar Muhammad Bukharudin.

Beliau turut menyampaikan khutbah bertajuk ‘Pengorbanan Agong Nabi Ibrahim Alaihis-Salam’.

Tunku Mahkota Ismail turut berkenan meluangkan masa bersalaman dengan jemaah sebelum berangkat meninggalkan masjid.

Terdahulu, dalam satu kenyataan di media sosial Facebook, baginda bertitah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.

“Semoga ibadah korban dapat dilaksanakan dengan sempurna serta mendapat keberkatan Allah SWT,” titahnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN