Tindakan Tengku Zafrul keluar UMNO tunjuk karakter sebenar

Tindakan Tengku Zafrul keluar UMNO tunjuk karakter sebenar

Mohamed Khaled Nordin ketika ditemui pemberita pada Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia RPEL dan Sijil Perhebat, di Kem Sungai Buloh, hari ini.-UTUSAN/FIRDAUS JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Tindakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan UMNO menunjukkan karakter dan pendirian sebenar dirinya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan Tengku Zafrul keluar daripada UMNO juga tidak boleh dihalang oleh parti.

“Itu keputusan dia, parti tidak boleh nak halang. Tetapi setia satu satu tindakan sesiapa pun, itu menunjukkan karakternya dan pendirian politiknya.

“Bagaimanapun, kerajaan yang ada hari ini adalah hasil gabungan parti-parti yang setuju untuk membentuk Kerajaan Perpaduan yang sewajarnya perlu ada hormat menghormati antara parti-parti yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia RPEL dan Sijil Perhebat, di Kem Sungai Buloh, hari ini.

Pada 30 Mei lalu, Tengku Zafrul menghantar surat peletakan jawatan dalam UMNO untuk menyertai PKR.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu mengesahkan surat peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT), Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO sudah pun diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

Mengulas lanjut Mohamed Khaled berkata, setakat ini tiada perbincangan antara PKR dan UMNO membabitkan permohonan Tengku Zafrul.

“Setakat yang saya tahu, tiada perbincangan dibuat antara parti mengenai kedudukan beliau,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN