Tindakan Petronas jejas peluang pekerjaan

Tindakan Petronas jejas peluang pekerjaan

MOHD. SHARKAR SHAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tindakan Petroliam Nasional Sdn. Bhd. (Petronas) untuk mengurangkan 10 peratus pekerja atau melibatkan kira-kira 5,000 orang dibimbangi mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan pekerjaan dalam industri minyak dan gas serta memberi kesan ekonomi kepada negara.

Pengerusi Sekretariat Ekonomi Gig dan Kesatuan Sekerja UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, ia juga boleh menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap kemampuan kerajaan untuk mengurus ekonomi kerana perkara sedemikian pun tidak dapat dikendalikan.

“Tindakan Petronas ini pasti mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat kerana Petronas merupakan syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia serta dunia.

“Pada tahun 2024, syarikat minyak dan gas Malaysia itu sekali lagi dinobatkan sebagai jenama minyak dan gas terkuat di dunia.

“Kita harap ini dikaji balik oleh Petronas dengan melaksanakan pelan yang lebih komprehensif demi keadilan dan kebajikan pekerjanya,” katanya di sini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Petronas mengumumkan akan me­ngurangkan 10 peratus pekerja dengan anggaran 5,000 pekerja da­lam proses penstrukturan se­mu­la syarikat itu.

Mohd. Sharkar berkata, walaupun pekerja terlibat dikatakan berjawatan kontrak, namun ramai daripada mereka sudah lama berkhidmat dan ada keluarga perlu disara.

“Pemberhentian mengejut tanpa peluang latihan atau sokongan untuk menjana pendapatan adalah suatu tindakan yang tidak wajar,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN