Tiada siapa ada imuniti, termasuk raja-raja - Dr. Mahathir

Tiada siapa ada imuniti, termasuk raja-raja – Dr. Mahathir

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tiada sesiapa pun yang mempunyai kekebalan mutlak atau imuniti, termasuk raja-raja mengikut sistem perundangan negara,

Menurut Bekas Perdana Menteri, sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan boleh dibawa ke muka pengadilan tanpa mengira kedudukan atau pangkat, apatah lagi seseorang ahli politik.

“Dalam negara kita, tak ada siapa pun dapat imuniti. Termasuk raja-raja. Raja pun kalau buat salah boleh dihadap ke mahkamah,,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan Anwar mahu merujuk lapan persoalan undang-undang termasuk imuniti seolah-olah menunjukkan Ahli Parlimen Tambun mengaku salah terhadap dakwaan serangan seksual oleh bekas penyelidiknya, Yusoff Rawther.

“Kalau minta imuniti, maknanya mengaku dah buat salah. Ini pengakuan bahawa dia (Anwar) sudah lakukan kesalahan terhadap Yusoff  terhadap saya pun ada kes juga.

“Inilah keadilan ala Anwar, apabila menang boleh bercakap, bila kalah tak nak bicara, terus minta perlindungan,” katanya secara sinis.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menyifatkan permintaan untuk kekebalan sedemikian sebagai satu percubaan untuk lari daripada tanggungjawab dan mempertikaikan integriti sistem keadilan negara.

“Kalau betul tak salah, kenapa takut dibicarakan? Bila tak nak perbicaraan, bermakna sudah mengaku cakap bohong. Hanya mahu berselindung di bawah imuniti,” katanya.

Terdahulu, Anwar gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan antaranya, sama ada Perdana Menteri itu mempunyai imuniti daripada sebarang kes saman sivil.

Hakim, Roz Mawar Rozain memutuskan demikian selepas mendapati permohonan berkenaan tidak memenuhi peruntukan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (CJA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN