Tiada penutupan jalan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN pada Julai

Tiada penutupan jalan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN pada Julai

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada penutupan jalan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 8 hingga 11 Julai ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, bagaimanapun, penutupan jalan akan dibuat semula bagi Sidang Kemuncak ASEAN bersama Rakan Dialog bermula Oktober depan.

“Tidak (tiada penutupan jalan) untuk acara (Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58) tersebut tapi ada penutupan jalan bagi Sidang Kemuncak ASEAN bersama Rakan Dialog.

“Insya-Allah (penutupan jalan) pada hujung Oktober dan maklumat lanjut akan dimaklumkan menjelang tarikh tersebut,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Sidang Kemuncak ASEAN bersama Rakan Dialog pada Oktober depan membabitkan mesyuarat antara negara-negara ASEAN dan 10 negara rakan dialog seperti China, Korea Selatan, Jepun, Australia dan Amerika Syarikat.

Mereka akan terlibat dalam mesyuarat ASEAN Plus Three, ASEAN Plus One, Asian Summit dan ASEAN Regional Forum selain mesyuarat dua hala antara negara masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN