PETALING JAYA: “Persahabatan kami menjadi lebih erat.” Demikian kata Kamal Haasan apabila disatukan semula dengan pengarah Mani Ratnam selepas 38 tahun lalu menerusi filem Thug Life. Parthasarathy Srinivasan atau lebih dikenali sebagai Kamal Haasan, 70, berkata, hubungan persahabatan yang terjalin sejak sekian lama tidak pernah luntur, malah menjadikan ia lebih erat. “Persahabatan kami menjadi lebih erat. Orang selalu cakap apabila menjadi keluarga, persahabatan mungkin pudar. “Tetapi, bagi kami, walaupun selepas…