Terpalit kes amang seksual, Naim Daniel membisu

Terpalit kes amang seksual, Naim Daniel terus membisu, peminat titip kata semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel dilihat terus membisu meskipun namanya terpalit
dengan dakwaan melakukan amang seksual ke atas seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, baru-baru ini.

Pun begitu, peminat setianya tidak putus-putus menitipkan kata sokongan kepada penyanyi yang berusia 28 tahun itu menerusi akaun Instagram (IG) kelab peminatnya, Naimians.

Menerusi pautan Ask Me A Question di platform tersebut, rata-rata peminatnya yakin bahawa penyanyi berkenaan tidak melakukan perkara terkutuk itu seperti yang diperkatakan sejak kebelakangan ini.

“Semua yang berlaku ada sebab, Allah tahu Naim kuat sebab tu benda ini berlaku. Walaupun tak tahu lagi benda sahih atau tidak tapi saya akan tetap menunggu keterangan dari pihak polis.

“Saya yakin Naim tak akan buat perkara terkutuk itu. Naim orang yang baik dan peramah, ingat jangan putus berzikir dan solat okay,” kata salah seorang peminatnya.

Meskipun kesahihannya belum terbongkar, ada juga peminat yang menyifatkan ujian yang diharungi penyanyi lagu Purnama itu sekadar pendorong untuk dirinya menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

“Tak apa kalau langkah terhenti sekejap. Rehatlah, bukan berputus asa. Jiwa seindah Naim tak akan pernah padam cahayanya.

“Satu kesilapan tak mampu hapus segala kebaikan yang Naim pernah buat. Percayalah, Naim akan bangkit, lebih kuat dari semalam. Kami sayang Naim,” tulis peminat lain.

Setakat ini, Naim masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut meskipun namanya hangat menjadi sebutan dan bahan sindiran di media sosial.

Terdahulu, seorang pelakon dan penyanyi terkenal dilaporkan ditahan polis selepas terbabit kesalahan melakukan amang seksual ke atas seorang remaja perempuan di sebuah hotel terletak di Selangor.

Difahamkan, mangsa berusia 17 tahun itu mula berkenalan dengan selebriti tersebut di sebuah kafe tempatnya bekerja.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN