Tarian Zafina gabungan zapin klasik, moden gegarkan UiTM Shah Alam

Tarian Zafina gabungan zapin klasik, moden gegarkan UiTM Shah Alam

Program yang berlangsung dari pukul 8 malam hingga 10 malam di Pusat Sukan UiTM Shah Alam itu menghimpunkan seramai 2,324 peserta terdiri daripada pelajar UiTM dan orang awam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tarian baharu berkonsepkan kecergasan moden berasaskan seni budaya tradisional, Zafina menjadi tarikan utama program “Wellness X 32” anjuran pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Dekan FSR, Profesor Madya Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin berkata, Zafina merupakan simbolik kepada kecergasan yang tidak memisahkan masyarakat daripada jati diri budaya, sekali gus selari dengan matlamat memperingati 30 tahun penubuhan FSR di UiTM.

“Menggabungkan rentak lagu klasik dengan langkah tarian zapin tradisional, Zafina dilihat bukan sahaja memperkasa gaya hidup sihat, malah menzahirkan penghargaan terhadap warisan budaya Melayu dalam bentuk yang segar dan bertenaga.

“Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran gaya hidup sihat terhadap para peserta sejurus untuk memupuk dan menyebarkan kepentingan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar, staf universiti dan komuniti umum secara berterusan,” katanya dalam kenyataan.

Program yang berlangsung dari pukul 8 malam hingga 10 malam di Pusat Sukan UiTM Shah Alam itu menghimpunkan seramai 2,324 peserta terdiri daripada pelajar UiTM dan orang awam.

Selain itu, sebanyak tujuh jenis senaman dipersembahkan termasuk Qi Gong, Zumba, Bollywood, K-pop, Hip Hop, Cardio Kick dan Zafina sebagai kemuncak program yang dianjurkan oleh 77 mahasiswa semester tiga Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sukan.

Program turut mendapat sokongan pelbagai penaja antaranya Makerz, Fitness First, Sportflex, Physio Care, Gardenia, Biore, Mukbang i-City dan Adabi yang membantu merealisasikan kejayaan acara tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN